Monday, June 28, 2010

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PEJABAT TANAH & GALIAN, PULAU PINANG




Start Time:
Saturday, July 16, 2010 at 8:00am

End Time:
Saturday, July 24, 2010 at 12:00pm

Location:
PULAU PINANG

Description

Konsep pertandingan ini adalah mengambil gambar yang mencerminkan identiti PTGPG itu sendiri. Oleh itu, tema adalah PEJABAT TANAH & GALIAN PULAU PINANG. Ini bermakna setiap peserta pertandingan bebas menggunakan kreativiti sendiri untuk mengambil gambar.

Syarat-syarat penyertaan
1. Terbuka kepada semua, kecuali urusetia serta ahli keluarga urusetia Pertandingan Fotografi 2010.
2. Tema pertandingan:Pejabat Tanah & Galian Pulau Pinang.
3. Gambar hendaklah diambil di sekitar Pulau Pinang sahaja bermula 16.07.2010 jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari 24.07.2010

Pendaftaran pertandingan fotografi adalah seperti berikut :-

Masa : 8.00 pagi
Tarikh pendaftaran :16 Julai 2010
Yuran: RM60
Tempat : Bilik mesyuarat tingkat 22
              Pejabat Tanah & Galian Pulau Pinang
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24.07.2010 jam 12.00 tengahari
5. Tiada pengubahsuaian dibenarkan kecuali pengubahsuaian pada brightness/contrast cropping adalah dibenarkan, imej manipulasi tidak dibenarkan sama sekali dan gambar tidak boleh diubah dari imej asal.
6. Gambar mesti kali pertama dihantar (tidak pernah digunakan untuk mana-mana pertandingan, pameran atau komersil)
7. Menggunakan camera yang 4 megapixel ke atas sahaja.(Kamera handphone tidak dibenarkan).
8. Pengadilan berdasarkan subjek, ketika, komposisi imej, kualiti teknikal, keaslian, kreativiti dan teknik.
9. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat dalam setiap imej untuk pertandingan ini.
10. Setiap penyertaan adalah menjadi hak mutlak kepada pihak penganjur untuk digunakan dalam sebarang promosi atau komersil.
11. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan    yang hilang. Bukti penyertaan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
12. Keputusan pengadil adalah muktamad.



Cara penyertaan
1. Gambar yang dihantar hendaklah berukuran 8R (8x12 inci) dan dilekatkan di atas mounting board berwarna hitam bersaiz 12 x 14 inci.
2. Gambar hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran, CD yang mengandungi imej digital (dalam saiz yang besar dan ditulis contact details) serta jika menggunakan kamera analog (filem), sertakan bersama negatif/transparensi.
3. Peserta dibenarkan menghantar sekurang-kurangnya 3 keping gambar & tidak melebihi dari 5 keping gambar.
4. Yuran penyertaan adalah RM60.00 setiap satu borang. (Setiap satu borang boleh menghantar 3 - 5 keping gambar)

********************************************************

HADIAH PERTAMA
-RM300 (tunai)
-Hamper.

HADIAH KEDUA
-RM200 (tunai)
-Hamper.

HADIAH KETIGA
-RM100 (tunai)
-Hamper.

CABUTAN BERTUAH
20 hadiah misteri menanti anda.....!!!!

** sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

Saturday, June 5, 2010



Please leave any comment...... Thanks